Apabila kita diuji..

22 06 2011

Salam..

sangat lama ana tak berbicara di sini..hari ini, biarpun hanya dengan taipan huruf demi huruf tanpa suara, ana cuba aturkan..agar sedikit ruang di dalam hati ana terisi dengan iman…hari ini Allah membuka hati ana untuk memuhasabah diri soal ujian..bukan ujian peperiksaan, tapi ujian dalam kehidupan yang mana setiap manusia layak untuk mengambilnya..

Harus difahami bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita pasti  akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

Ana cumalah seorang wanita..dan sangat banyak kelemahan diri..namun setiap kali ana cuba untuk bangun mencari kekuatan, maka semakin banyak juga ujian yang datang menguji..namun itulah yang menjadikan kita lebih kuat untuk beriman..beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah..

Apabila diuji, janganlah mudah berputus asa..berdoalah agar diberi kekuatan menghadapi ujian tersebut dan redhalah di samping berusaha memperbaiki diri..-Haruman Syurgawi

Ujian itu pasti datang walaupun dalam bentuk kesenangan yang berupa harta, kekayaan dan anak yang ramai sekalipun..tapi sangat ramai juga yang merasakan ujian dalam bentuk kesusahan..kurangnya harta, ketiadaan anak, bencana alam, penyakit dan tidak kurang juga berbentuk gangguan.. namun berapa ramai yang menerima ujian itu dengan kembali kepada Allah..kerana dengan izinNyalah semuanya berlaku..

Ada sahabat ana yang diuji dengan kematian suami, ada juga yang diuji dengan perceraian, kematian anak, dan masalah rumahtangga yang pelbagai..ada juga yang selalu merungut soal duit yang tidak pernah mencukupi..tidak cukup itu dan ini lantas merasakan tidak perlu punya anak ramai kerana bimbang tiada kemampuan..padahal setiap anak dilahirkan bersama-sama rezeki dan anak itu sendiri adalah rezeki..bagaimanalah agaknya hati wanita lain yang tidak pernah punya anak dari rahim sendiri..

Apabila diuji dengan masalah rumahtangga pula, harus dicari puncanya di mana..kerana mungkin keberkatan sesuatu perkahwinan telah terjejas dari awalnya dek kerana majlis perkahwinan itu sendiri yang bercampur dengan maksiat dan perkara yang melanggar syariat..

Bagi yang diuji dengan penyakit merbahaya, juga perlu berusaha mencari penawarnya. Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya.”

(Hadis riwayat Al Bukhari)

Pokok pangkalnya, bila diuji bukanlah bermakna kita menerimanya bulat-bulat tanpa memuhasabah diri..setiap ujian adalah untuk menambahkan iman dan mengajak kita berfikir tentang sesuatu..

Beruntunglah jika mereka sedar bahawa semua jenis kesenangan hidup berupa kemewahan, kecintaan, kesihatan, ketenangan dan kecantikan yang diberikan kepada mereka itu tidak kekal..dan hanya pinjaman Allah..betapa ramai juga yang mula putus harapan untuk meneruskan hidup..pendek kata, itulah UJIAN ALLAH..dan dipanjangkan kata ITULAH UJIAN ALLAH UNTUK MEMBERI PAHALA DAN KIFARAH MELALUI KESABARANMU DAN SUPAYA KAU SEDAR KAU ADALAH HAMBANYA YANG PALING LAYAK DIUJI..

Hanya yang menerima ujian dengan REDHA akan memahaminya..berbaliklah kepada ALLAH yang MAHA MEMBERI dan MAHA  PENYAYANG..

Marilah kita sama-sama berdoa..

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

(Surah AlBaqarah : Ayat 286)

Ameen..

Haruman Syurgawi

Advertisement

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.