Hidayah Allah

27 06 2011

Sesiapa saja layak mendapat hidayahNya..nauzubillah jika pengakhiran hidup kita bukanlah seperti yang diharapkan..sesaat sahaja orang yang beriman boleh bertukar menjadi sebaliknya, dan begitu juga orang yang jahil diizin dan diberi hidayah oleh Allah sebelum berakhir kehidupannya..Allahua’lam.. -Haruman Syurgawi..

Sekadar gambar hiasan. Sumber:Google

 

Sedikit perkongsian dari We Love Islam FB Group..

‎”Jangan sesekali engkau cepat menilai seseorang melalui kehidupan dunianya, mudah buat keputusan dengan pandangan mata kita sahaja.”

Jangan mudah menyangka jika seseorang itu telah bersalah dan berdosa, seorang itu cukup hina malah akan terus begitu selama-lamanya..kita mudah sekali memandang sinis dengan sebelah mata akan mereka… Dan janganlah pula menganggap diri itu lebih baik dan mulia berbanding mereka dengan perbandingan ke’aliman dan kebaikan jiwa kita..Merasakan diri itu cukup baik dan disayangi Allah Ta’ala. Kerana kita masih belum tahu akan masa depan tentang hakikat dirinya dan juga diri kita..tak mustahil jika ia akan bertukar sebaliknya..

Sesungguhnya hidayah itu tetap milik Allah, jangan sesekali kerana hidup dengan kebaikan kita hidup dan kemegahan… Ingatlah keburukan orang yang jahil ialah melakukan kemungkaran disebabkan kejahilannya, akan tetapi keburukan orang yang baik dan berilmu adalah apabila dia suka dan gemar bermegah dan berbangga atas segala yang dia miliki terutama ilmu pengetahuan dan kebaikan serta amalannya.. Mereka merasakan dirinya mulia berbanding orang lain.. Itulah salah satu bentuk ujian keimanan bagi hamba-hambaNya… Sedarilah akan hakikat semua kebaikan diri kita adalah berkat bimbingan dan hidayahNya…Tanpa hidayahNya, kita juga akan seperti mereka. Tiada apa yang perlu dibangga, namun bawalah seluruh insan samada baik mahupun buruk bersama2 dengan kita, agar sama-sama menerima rahmatNya di akhirat sana. Dan sepatutnya diri kita lebih merendah diri dan zuhud akan kurniaanNya, kerana kita sudah diberikan hidayahNya untuk terus menerus melakukan amal kebaikan dan ibadah kepadaNya, namun jika ada ibadah yang tertinggal dan sengaja meninggalkannya, bererti kita lebih hina daripada mereka yg belum mendapat hidayahNya..

Maka sebaik-baiknya, jangan sesekali mencemuh mereka, namun biarlah seiring berusaha untuk menyedarkan mereka dan berdoalah agar mereka juga turut menerima hidayahNya..wallahu’alam~

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).





Menanti di Barzakh..-Far-East

22 06 2011

Nasyid ini sangat menginsafkan ana..

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.





Apabila kita diuji..

22 06 2011

Salam..

sangat lama ana tak berbicara di sini..hari ini, biarpun hanya dengan taipan huruf demi huruf tanpa suara, ana cuba aturkan..agar sedikit ruang di dalam hati ana terisi dengan iman…hari ini Allah membuka hati ana untuk memuhasabah diri soal ujian..bukan ujian peperiksaan, tapi ujian dalam kehidupan yang mana setiap manusia layak untuk mengambilnya..

Harus difahami bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita pasti  akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

Ana cumalah seorang wanita..dan sangat banyak kelemahan diri..namun setiap kali ana cuba untuk bangun mencari kekuatan, maka semakin banyak juga ujian yang datang menguji..namun itulah yang menjadikan kita lebih kuat untuk beriman..beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah..

Apabila diuji, janganlah mudah berputus asa..berdoalah agar diberi kekuatan menghadapi ujian tersebut dan redhalah di samping berusaha memperbaiki diri..-Haruman Syurgawi

Ujian itu pasti datang walaupun dalam bentuk kesenangan yang berupa harta, kekayaan dan anak yang ramai sekalipun..tapi sangat ramai juga yang merasakan ujian dalam bentuk kesusahan..kurangnya harta, ketiadaan anak, bencana alam, penyakit dan tidak kurang juga berbentuk gangguan.. namun berapa ramai yang menerima ujian itu dengan kembali kepada Allah..kerana dengan izinNyalah semuanya berlaku..

Ada sahabat ana yang diuji dengan kematian suami, ada juga yang diuji dengan perceraian, kematian anak, dan masalah rumahtangga yang pelbagai..ada juga yang selalu merungut soal duit yang tidak pernah mencukupi..tidak cukup itu dan ini lantas merasakan tidak perlu punya anak ramai kerana bimbang tiada kemampuan..padahal setiap anak dilahirkan bersama-sama rezeki dan anak itu sendiri adalah rezeki..bagaimanalah agaknya hati wanita lain yang tidak pernah punya anak dari rahim sendiri..

Apabila diuji dengan masalah rumahtangga pula, harus dicari puncanya di mana..kerana mungkin keberkatan sesuatu perkahwinan telah terjejas dari awalnya dek kerana majlis perkahwinan itu sendiri yang bercampur dengan maksiat dan perkara yang melanggar syariat..

Bagi yang diuji dengan penyakit merbahaya, juga perlu berusaha mencari penawarnya. Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya.”

(Hadis riwayat Al Bukhari)

Pokok pangkalnya, bila diuji bukanlah bermakna kita menerimanya bulat-bulat tanpa memuhasabah diri..setiap ujian adalah untuk menambahkan iman dan mengajak kita berfikir tentang sesuatu..

Beruntunglah jika mereka sedar bahawa semua jenis kesenangan hidup berupa kemewahan, kecintaan, kesihatan, ketenangan dan kecantikan yang diberikan kepada mereka itu tidak kekal..dan hanya pinjaman Allah..betapa ramai juga yang mula putus harapan untuk meneruskan hidup..pendek kata, itulah UJIAN ALLAH..dan dipanjangkan kata ITULAH UJIAN ALLAH UNTUK MEMBERI PAHALA DAN KIFARAH MELALUI KESABARANMU DAN SUPAYA KAU SEDAR KAU ADALAH HAMBANYA YANG PALING LAYAK DIUJI..

Hanya yang menerima ujian dengan REDHA akan memahaminya..berbaliklah kepada ALLAH yang MAHA MEMBERI dan MAHA  PENYAYANG..

Marilah kita sama-sama berdoa..

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

(Surah AlBaqarah : Ayat 286)

Ameen..

Haruman Syurgawi








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.